|
|
| Tuesday, 22-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Solat Jumaat yang diimamkan perempuan -- apa nak jadi
|
 |
|
Solat Jumaat berimamkan wanita
|
|
 |
|
Solat Jumaat berimamkan wanita
|
|
 |
|
Solat Jumaat berimamkan wanita
|
|
 |
|
Solat Jumaat berimamkan wanita
|
|
 |
|
Aminah Wadud - Imam Wanita Solat Jumaat
|
|
|
Islam sentiasa menjamin hak wanita. Malah Islamlah yang tersohor memberikan penghormatan dan menaikkan martabat kaum wanita diketika dunia Eropah masih dalam belenggu kegelapan. Insan yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan demikian juga yang pertama syahid di jalan Allah adalah wanita jua.
Islam telah complete sebagai satu peraturan hidup yang diterima penganutnya, sesuai untuk sepanjang zaman sehingga hari akhirat. Cuma sejak akhir-akhir ini ekoran peristiwa September 11 Islam mula mahu disuntik kononnya dengan nafas baru oleh para pengganggunya dengan menggunakan individu dan badan Islam yang bobrok bagi menjuarai trend sesat ini.
Isu umpama GENDER EQUALITY ataupun persamaan hak khusus untuk golongan wanita mula diumpan dan dimain-mainkan. Sesungguhnya peruntukkan terhadap hak wanita dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Kalau ada negara contohnya menafikan hak wanita untuk mengundi dalam pilihan raya, banyak negara Islam yang mengamalkan demokrasi memberikan hak ini umpama Malaysia dan Iran. Kalau ada negara contohnya tidak membenarkan wanita menjadi calon, banyak negara Islam yang mengamalkan demokrasi mengizinkannya, malah Iran sehingga membenarkan calon wanita untuk Naib Presiden.
Yang tidak dituntut oleh wanita Muslimah adalah perkara-perkara yang telah menjadi amalan Islam sebagaimana yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw, diamalkan dari
zaman Baginda sehingga hari ini. Antaranya adalah bahawa Solat Jumaat cuma diwajibkan ke atas umat Islam lelaki dan khatib serta imamnya adalah lelaki belaka sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
Tiba-tiba Jumaat lalu dunia Islam dikejutkan apabila ada segolongan kecil di Amerika Syarikat diketuai oleh Professor Amina Wadud, seorang profesor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University telah mengerjakan solat Jumaat (dalam gereja) diimamkan oleh Aminah sendiri. Jemaah sekitar 100 lebih orang ini bercampur lelaki dan wanita.
Di dalam Harakahdaily bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudeen berkata:
Sembahyang yang diimamkan oleh wanita yang makmumnya terdiri daripada lelaki dan wanita adalah tidak sah.
Malah Sheikhul Azhar sebagaimana dipetik oleh BBC mengatakan Islam tidak membenarkan wanita menjadi khatib dan imam kepada jemaah yang termasuk kaum lelaki.
Bagi saya peruntukkan hukum telah jelas dalam hal ini. Soal sama ada Aminah merupakan professor tidaklah merupakan lesen bagi beliau untuk memberikan tafsiran sesuka hatinya dalam hal ini.
Namun yang menjadi kebimbangan berikutan peristiwa ini adalah penerimaan mereka yang kurang jelas pemahaman Islamnya dan memang pula merupakan juara dalam bab-bab memberikan tafsiran yang mengelirukan terhadap Islam. Sebagai contoh dalam UTUSAN hari ini Astora Jabat memberikan liputan meluas terhadap aksi Aminah dengan sokongan yang tinggi melangit Aminah memang merupakan rakan akrab kepada Marina Mahathir dan pertubuhan Sisters in Islam. Oleh itu atas nama perjuangan GENDER EQUALITY jangan terkejut perkara ini kelak dituruti secara buta oleh individu dan badan yang seumpamanya ini dalam negara kita. Oleh itu para mufti perlu segera bertindak menyelamatkan maruah dan martabat agama di negara kita, segerelah bertindak sebelum Stadium Bukit Jalil umpamanya menjadi lokasi solat Jumaat pertama yang diimamkan oleh Marina ataupun Shahrizat ataupun entah siapa-siapa lagi wanita Islam keliru dalam negara kita.
Saya pasti dunia barat yang sememangnya tidak senang dengan Islam akan menaja dan menyokong usaha sesat ini demi memecahbelahkan agama kita, tambahan ada pula barua yang sanggup mengerjakannya. Jangan biarkan perkara ini berlaku!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
 |
|
PUAS ..quality air teruk
|
|
 |
|
Majlis perasmian ijtima' 1
|
|
 |
|
YB KPmuda sedang melihat perkembangan rakaman & IT di Ijtima'
|
|
 |
|
gambar ijitma pemuda
|
|
 |
|
gambar ijitma pemuda
|
|
 |
|
gambar ijitma pemuda
|
| | View all 33 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tsunami Gambar2 Mangsa 1 Jan 2005 di Aceh
|
|
|
Keadaan Mangsa Tsunami di Syiah Kuala, Acheh pada 1 Jan 2005
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Jan-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masjid Aceh Selepas Tsunami
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2 lelaki sedang solat tidak dipukul ombak
|
|
GEORGET0WN: Seorang mangsa yang terselamat dalam bencana tsunami Ahad lalu, mendakwa dia ternampak seorang lelaki yang sedang bersolat Zuhur di atas batu tidak dipukul ombak, walaupun ramai orang lain menjadi korban.
Malah, mangsa terbabit, Anuar Mahmud, 36, berkata dia juga ternampak seorang lagi lelaki yang sedang menunaikan solat di dalam bot berhampiran juga terselamat walaupun dipukul ombak kuat.
"Ombak seperti terbelah, bot itu masih ada di situ, selesai saja solat bot berkenaan ditolak ombak ke tebing (pantai)," katanya yang kehilangan anaknya, Nur Iffah, 5, dalam kejadian di Pantai Pasir Panjang,dekat Balik Pulau.
Sumber Berita: Harian Metro Edisi Utara
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20041230102534/Article/indexm_html
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lagi Koleksi Tsunami
|
 |
|
26/12: Tidal waves wash through houses at Maddampegama, Sri Lang
|
|
 |
|
Tragedi Tsunami
|
|
 |
|
Tragedi Tsunami
|
| | View all 19 photos... |
|
Beberapa lagi foto yang memberikan pelbagai gambaran yang bermakna untuk direnungi berkenaan Tsunami dari beberapa sumber, download dan dari injin pencari.
Gambar-gambar yang datang dari negara-negara yang terlibat dengan musibah Tsunami.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tragedi Tsunami
|
 |
|
Kereta ditolak ombak tsunami dgn bot nelayan di Kuala Chenang
|
|
 |
|
Tragedi Tsunami
|
|
 |
|
Tragedi Tsunami
|
| | View all 13 photos... |
|
Tabung Kemanusiaan Tsunami
Tabung ini ditubuhkan kerana memandangkan terlalu banyak kemusnahan harta benda akibat bencana itu yang setakat ini sudah mengorbankan 45 orang.
Bantuan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam bernombor 14069010015404 atas nama Dewan Pemuda PAS Pusat
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Sep-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pemuda PAS tangani konsert Scorpions satu anjakan membanggakan
|
|
KITA sungguh tertarik dengan pendekatan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dalam menangani penganjuran konsert Scorpions di Stadium Merdeka pada 13 September lalu.
Kaedah lembut dan mesra dalam mendekati golongan muda adalah satu anjakan yang diharap-harapkan, bertentangan dengan pendekatan marah-marah dalam demonstrasi yang mungkin menakutkan sesetengah pihak.
Golongan muda dan yang berhati muda kehausan dalam pencarian mereka mengenali penghidupan dan sewajarnya dibimbing menuju jalan diredai Allah secara berhikmah dan bukannya secara marah-marah melalui pendekatan negatif seperti 'protes', 'boikot', 'demonstrasi', 'tunjuk perasaan' dan 'pemulauan'.
Bertepatan dengan semangat Israk Mikraj yang kisahnya kita ikuti dalam kuliah di surau, masjid atau pejabat, kita berpendapat adalah penting untuk pejuang Islam menyorot kembali pendekatan Rasulullah (s.a.w.) dalam berdakwah atau berkomunikasi dengan anggota masyarakat.
Nabi Muhammad (s.a.w.) hanya sempat memimpin umat Islam selama 23 tahun. Bagaimanapun baginda berhasil menjayakan satu revolusi paling hebat yang tiada taranya di dunia.
Baginda berjaya membina kelompok penggembala unta padang pasir menjadi masyarakat beradab yang berkemampuan memimpin dunia. Dalam satu perempat abad saja Islam berjaya menyatukan seluruh semenanjung Tanah Arab dan dalam setengah abad berjaya menumbangkan dua kuasa dunia ketika itu - Rom dan Parsi.
Adalah satu keajaiban Nabi Muhammad (s.a.w.) berjaya dalam penyampaian dakwahnya sedangkan baginda melakukannya secara lisan dan contoh-contoh penghidupannya saja (hadis).
Penggunaan tulisan hanya dimajukan oleh orang Islam yang mahir sedangkan Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri adalah seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Ketika itu media komunikasi massa seperti radio, televisyen dan media cetak belum wujud lagi.
Pendekatan Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam dakwah ialah secara langsung atau 'face to face'. Ada kalanya baginda menggunakan kaedah komunikator perantara. Ini bermaksud sahabat dan kaum keluarga baginda (misalnya Sayidatina Aishah banyak meriwayatkan hadis) telah ditarbiah dan kemudian berdakwah kepada orang lain, baik sebagai anggota masyarakat biasa atau guru yang khusus ditugaskan untuk itu (rujukan buku 'Problematika Dakwah' karya RHA Suminto, Penerbit Tintamas, Jakarta, 1973).
Dalam penyampaian dakwah secara langsung ini, pada umumnya baginda lakukan secara lisan. Tetapi ada kalanya dengan contoh perbuatan baginda atau dengan pembenaran perbuatan orang lain.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Aug-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke 45
|
|
|
Gambar suasana sewaktu perasmian Muktamar PAS Pusat di PUTIK Kelantan 25 Ogos 2004.
|
|
|
|